Join Whatsapp group

https://chat.whatsapp.com/FDrGew28aUu7vrwHd3MQXK

https://chat.whatsapp.com/JrBtStQDOFdKgiFKEKJIxM

https://chat.whatsapp.com/CcH5dBPLXeHDVj6oitT96E

“Firman Allah: Ertinya hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah sesuatu pencipta selain Allah yg dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia, maka mengapakah kamu berpaling(dari ketauhidan)? FirmanNya lagi: Ertinya atau siapakah yg memimpin kamu dalam kegelapan didaratan  dan lautan dan siapa pula kah yg mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya? Apakah disamping Allah ada Tuhan yg lain? Maha Tinggi Allah terhadap apa yg mereka persekutukan denganNya. FirmanNya lagi: Ertinya Tuhan yg menguasai langit dan bumi dan apa-apa yg ada diantara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepadaNya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yg sama dengan Dia(yg patut disembah)? Firman Allah: Ertinya kerajaan yg hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yg Maha Pemurah. Dan adalah(hari itu), suatu hari yg penuh kesukaran bagi orang-orang kafir”

“Janganlah minta dari Allah S.W.T yg lain dari keampunan terhadap dosa-dosa yg lalu, dan perlindungan dari dosa-dosa yg sekarang, dan dosa-dosa yg akan datang, dan kuasa untuk taat kepadaNya, kuasa untuk dapat melakukan suruhanNya dan meninggalkan tegahanNya, dan dapat rela dengan senang hati terhadap kesusahan dan ketentuan takdirNya dan dapat sabar menghadapi mala petaka, dan dapat bersyukur terhadap kurniaanNya dan mati dalam iman dan kebaikan, dan dapat bersatu dengan golongan para anbiya, Siddiqin dan syahidin dan orang-orang yg diredhai Allah kerana inilah sebaik-baik rakan dan kawan”

_FUTUHUL-GHAIB